Monday, 25 November 2013

Evolusi Logo-Logo Jenama Terkenal Di Dunia!

 
 
 
 
 
 
1 Vote!

Oleh: takusahrisau 
1. Boeing- Syarikat Pembuat kapal terbang Tersohor 
Boeing adalah syarikat pembuat kapal terbang tersohor di dunia. Ia mula ditubuhkan pada 1937 oleh William E. Boeing di Seattle, Amerika Syarikat. Pada 2001, ibu pejabat Boeing telah dipindahkan ke Chicago. Boeing telah mempelopori pelbagai bidang perniagaan seperti Boeing Commercial Airplanes (BCA), Boeing Defense, Space & Security (BDS), Engineering, Operations & Technology, Boeing Capital dan Boeing Shared Services Group. 
Evolusi Boeing

2.Pepsi- Syarikat Minuman Ringan Terlaris 
Pepsi adalah minuman berkarbonat yang dihasilkan oleh PepsiCo. Minuman ini dihasilkan buat pertama kalinya pada 1890-an oleh ahli farmasi Davis Bradham di New Bern, Carolina Utara. Jenama ini dicap-dagangkan pada 16 Jun 1903. Pepsi dikatakan mendapat nama daripada enzim Pepsin yang menghadamkan buah kola yang mana telah menjadi resipi utama minuman segar ini. 
 
  
 
Evolusi Pepsi

 
3.Nike- Syarikat Alatan Sukan Digemari  
Nike ditubuhkan oleh dua sahabat iaitu William J. Bowerman dan Philip H. Knight pada Januari 1964 dengan nama Blue Ribbon Sports. Kemudian, pada 1978, nama Nike mula diperkenalkan sebagai nama komersial syarikat ini yang mana ia telah kekal sehingga kini. Nike merupakan syarikat pengedar alatan sukan yang paling digemari di seluruh dunia. Syarikat ini bertapak di Beaverton, Oregon. Nike adalah pelopor sebagai syarikat alatan sukan yang memberi sponsor khas kepada mana-mana atlet yang mempunyai daya pasaran yang luas. Antara atlet yang mendapat bayaran lumayan daripada Nike sebagai atlet sponsor mereka adalah Micheal Jordan, Cristiano Ronaldo dan kebanyakkan pemain antarabangsa Brazil. Strategi Nike nyata berhasil apabila muncul sebagai syarikat pengedar alatan sukan paling menguntungkan berbanding Adidas dan Puma. 
Evolusi Nike

 
4.Lego- Syarikat Permainan Kanak-kanak paling Disukai 
Lego ditubuhkan oleh seorang tukang kayu yang berasal dari Denmark, Ole Kirk Christiansen pada 1949. Tidak salah jikalau mengatakan Lego adalah alat permainan yang paling disukai oleh kanak-kanak daripada dahulu sehingga sekarang. Asal nama komersial Lego adalah daripada perkataan Denmark iaitu Leg godt yang bermaksud ‘main elok-elok’. Pada 2008, Google telah memberi penghargaan kepada Lego sempena ulang tahun ke-50 Lego dengan menggantikan reka bentuk perkataan Google dengan stail Lego. 
Evolusi Lego

 
5.Nokia- Syarikat Telekomukasi Paling mengntungkan 
Nokia ditubuhkan pada 1865 di Tempere, Finland oleh dua sahabat iaitu Fredrik Idestam dan Leo Mechelin. Nokia pada mulanya bukannya sebuah syarikat telekomunikasi tetapi adalah sebuah syarikat penjanaan elektrik. Era telekomunikasi Nokia mula menjelma pada tahun 1970-an apabila pengerusinya pada waktu itu, Björn Westerlund telah memperkenalkan model Nokia DX-200,iaitu pelantar Penukaran Digital. Pengenalan model ini telah membuatkan Nokia muncul sebagai syarikat telekomunikasi yang memperkenalkan model pengawal mikropemproses pertama di dunia. 
Evolusi Nokia

 
6.Google- Syarikat Enjin Pencarian Tersohor 
Google ditubuhkan pada 4hb September 1998 di Menlo Park,California oleh Larry Page dan Sergey Brin. Google telah mengorak langkah sebagai syarikat yang kurang dikenali sehingga menjadi pesaing terdekat Yahoo sebagai enjin pencarian di internet. Direkodkan bahawa dalam satu-satu masa,kira-kira 1 million penggunaan menggunakan enjin pencariaan Google. Google muncul sebagai laman web yang paling kerap dikunjungi dalam sehari. Pada 2006, Google telah berpindah ibu pejabat ke Mountain View, California. 
Evolusi Google

 
7.Nestle-Syarikat Makanan dan Nutrisi Terbesar 
Nestle adalah syarikat Makanan dan Nutrisi terbesar di dunia. Ia mula ditubuhkan pada 1905 oleh Henri Nestle. Nestle beribu pejabat di Vevey, Switzeland.Hari ini, Nestle telah beroperasi di 86 buah negara di seluruh dunia yang  mana telah memberi peluang kerja kepada 283,000 individu. Nestle mempunyai 6000 jenama, iaitu daripada makanan manusia hingga kepada makanan haiwan peliharaan. 
Evolusi Nestle

 
   
8.Shell- Antara Syarikat Gas dan Minyak Terbesar Di Dunia 
Shell atau nama rasminya Royal Dutch Shell ditubuhkan pada 1907 untuk kerja-kerja pencarigalian mineral petroleum. Shell berpengkalan di The Hague,Belanda dan Landon,Britain. Shell tersenarai sebagai antara 8 syarikat gas dan minyak(oil and gas company) terbesar di dunia dengan keuntungan pada 2009 adalah USD12.518 billion. Pada masa sekarang, Shell telah melebarkan sayapnya di 140 buah negara sejak ia ditubuhkan. 
Evolusi Shell

 
9.Sony- Peneraju Barangan Elektrik dan Elektronik Dunia  
Sony ditubuhkan pada 7 May 1946 iaitu sebaik sahaja tamatnya Perang Dunia ke-2 oleh dua orang rakan,Akio Morita dan Masaru Ibuka di Minato,Tokyo, Jepun. Asal perkataan Sony adalah Sonus, iaitu bermaksud ‘sound’ ataupun bunyi. Sony adalah syarikat Kanglomerat yang ke-5 terbesar di dunia dengan keuntungan mencecah USD78.88 billion setahun. Kanglomerat adalah syarikat yang mempunyai pelbagai cabang peniagaan termasuk perniagaan elektronik, perfileman, radio, televisyen dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Sony mempunyai reputasi sebagai syarikat elektronik yang menghasilkan barangan berkualiti dari zaman berzaman. Slogan syarikat ini pada masa sekarang ada make.believe menggantikan slogan lama iaitu like.no.other
Evolusi Sony

 
10.IBM- Jenama Kedua Paling Bernilai di Dunia 
Syarikat IBM ditubuhkan pada 1896 dengan untuk menghasilkan mesin Tarbulator iaitu mesin untuk memproses data secara automatik seperti mesin punch-card. Syarikat ini berkembang secara beransur-ansur dengan permintaan secara berterusan terhadapnya sehinggakan Russia juga mengimport mesin Tarbulator ini. Pengasas syarikat ini adalah Hermann Hollerith. Pada 16 Jun 1911, syarikat ini dikoperatkan menjadi International Bussiness Machine (IBM) yang mana ia telah kekal sehingga sekarang. Syarikat IBM dikenali sebagai syarikat teknologi ke-4 terbesar di dunia dan jenama kedua paling bernilai di dunia selepas Coca Cola. Pendapatan bersih syarikat ini pada 2009 adalah USD12.334 billion. 

SUMPAH ANAK MERDEKA
Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa
Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa
Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara
Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama
Serunai Faqir
Wangsa Maju
PADA TANAH MERDEKA INI
Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah
daripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombahk bersahaja
menyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas.
Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali
yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.
Namun kami tetap bersyukur
kerana dengan korban suci
Nukilan:
Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman
UNTUK BANGSA MERDEKA
Untuk sebuah bangsa merdeka
jauhlah daripada rendah diri dan hipokrasi
mimpi malam kolonialisme yang ngeri
keluh-kesah hak asasi
menghilang identiti diri.
Untuk sebuah bangsa merdeka
luas dalam horizon perjuangan
tiada lupa akar bangsa
serta sejarah yang mengalurkan nama megahnya
tiada lupa tentang jerit bahasa.
Untuk sebuah bangsa merdeka
teruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul
semakin kuat ditekan makin kemas berpegang kepada ikatan
bukan nama simbol keris merdeka
tapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya.
Seperti sebuah jarak padang terbuka
tetap berani dengan kewujudan dirinya
seorang yang memahami tangis bangsa
monolog pada dirinya sendiri
bersyukur kepada hari-hari lalunya.
MOHD FADZIL YUSOF


CINTA WAJA WARGA MERDEKA
Dengan zikir kasih kami bukakan singgahsana
menjulang jalur gemilang bersama sejarah
Yang tertarik ceritera luka bersama air mata
dari simbahan maruah moyang berzaman
inilah bisikan cinta kami
istana kasih yang kukuh
merangkul mesra di persada visi
menganyam janji pada diri.
Meski telah kami punahkan sejarah berdarah
dalam zikir kasih menyusur perjuangan
namun segala yang pernah musnah
membangkitkan urat nadi pembela pertiwi
menjujnjung martabat bangsa bermaruah
kerana, kamilah warisan turun temurun
memadu sumpah buat dititipkan
pada seluruh cakerawala setia
- akan kami laungkan keamanan
- akan kami nyanyikan semangat merdeka.
Di maya ini, kami tafsir segala peradaban
menyirami kuntum perkasihan di laman
telah kami baja keakraban pengalaman
musteru ngeri luka silam masih mengimbau
menggamit sejuta pesona waspada
akan kami tangkis durjana menepis
mengikis tapak sengsara di mata
di sini, kamilah anak merdeka
melangkah maju tidak gementar
membentuk wawasan tidak gegar.
Demi cinta bersemi ketamadunan hakiki
melaut kasih pada keharmonian
kamilah pejuang pembangunan abadi
akan kami cincang cabaran merentang
akan kami tentang jejak melentang
kamilah pewaris menunjang pedang kerukunan
dengan benteng sejuta pagar keamanan
akan kami wangikan seluruh maya
menabur bunga bijaksana bangsa
atas gemala cita menyatu sejahtera
tidak akan rebah dimamah sejarah
tidak akan goyah dipatah dugaan
kami abadikan seluruh degup jantung
membina cinta waja dalam sumpah
- kami anak merdeka
ada misi membentuk kemenangan
ada visi membentuk kemahuan.
Karya: Sabariah Bahari
AKSARA MERDEKA
Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bersejarah ini
yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.
Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah tercinta ini
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.
Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan.
Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.
Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa.
Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah berdaulat ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri.
Karya: Wadi Leta S.A
NEGERI INI, ANAK
Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsul
terlalu pemurah dan saksama pada tiap warga yang berjasa
yang rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya.
Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa di negeri kaya
dan kesuraman sekejap siapa pula menjadi dalang
kalau tiba-tiba terdengar laungan dari bukit penuh gelap
itu hanyalah lolongan sang pertapa yang lemas ditikam bayang!
Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan
yang telah melahirkan ribuan pahlawan.
Rela memilih terbuang dari berputih mata,
kerana baginya, mati itu cuma sekali dan
tidak harus sia-sia.
Mereka tidak rela ini negeri tercinta
jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama.
Meski darah dan tulang jadi gantian.
Kerana baginya:
negeri adalah tanah
adalah air,
adalah api,
adalah angin.
Adalah maruah,
adalah permai,
adalah berani,
adalah susila.
Adalah segala-galanya.
Dan hari ini, kata keramat itu dilaungkan.
Tanpa mengira kulit atau warna,
tampuk atau asal, percaya atau agama:
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Di negeri ini anak,
mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza.
Siapa di sini adalah warganya,
kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah.
Darahnya tetap merah.
Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam.
Mari kita dirikan harapan dan teguhkan kesetiaan.
Marsli N.O
17 Jun – Julai 1988
Dari antologi: Di Atas Mimbar Merdeka, terbitan DBP 1989
TANAH PEJUANG
Jika diundurkan tika
Kau akan lihat masa dulu kala
Terlihat betapa pentingnya perjuangan
Terlihat betapa besar dan agung
Jasa dan keringat mereka taburkan
Wang, tenaga, masa dan fikiran
Hanya didambarkan untuk perjuangan
Satu perjuangan yng lahir dari jiwa
Satu perjuangan yang terbit dari naluri
Jiwa mereka perkasa
Jiwa mereka murni suci
Setiap langkah hanya untuk anak bangsa
Untuk lihat lahirnya negara bangsa
Perjuangan mesti diteruskan
Hanya itu jalan penyelesaian
Langkah kaki mesti dipercepat
Kerana itu cara perjuangan
Kelompok pimpinan diperkuat
Hati masyarakat semua ditambat
Perjuangan ini murni
Perjuangan ini suci
Hanya ingin satu kebebasan
Kita lihat tika ini
Bangsa kita bangsa merdeka
Separuh abad terpasak di dada dunia
Gah, juara digeruni seantero
Malaysia
Namamu melakar sejarah
Lagakmu mencabar
Kelibatmu ghairah
Sang negara dunia hati – hati denganmu
Resepi bercampur kaum
Serat isi inti dalamnya
Penuh dengan pelbagai rasa
Perpaduan utuh punca segala
Globalisasi dunia pemangkin utama
Namamu gah merentasi sempadan dunia
Ekonomi, teknologi kepakaran terbukti
Dihidang semua untuk bangsa dicintai
Merdeka separuh abad
Bukti keagungan bangsamu
Bukti kekuatan perpaduanmu
Anak bangsa untung menikmati
Dijaga rapi kemas merdeka ini
Untuk santapan cucu cicit
Untuk ingatan cerita nenek moyang
Merdeka sudah dianugerahi
Semat di jiwa simpan di hati
Merdeka ini anugerah Illahi..
OSMAN ZAINI
080808 09PM
E005 IPS,MIRI
MENCARI WIRA
Berkurun kita berburu mencari makna kata
Berkurun kita keliru mengenal makna wira:
Jebat dan Tuah, siapa patut dipuja?
Lemas kita dilanda curiga
antara setia dengan pembela.
Selamanya wira dinilai oleh masa
selaman wira dicanai kuasa
selamanya wira dinobat oleh harta.
Akhirnya wira entah dimana
didepan kita pengkhianat bangsa.
Bangunlah dari lena khayali
kita kembalikan kata pada lidah
kita pulangakan pandang pada akal
ita keringkan rajuk pada tindak.
Akal tak pernah mengalah kalau diajak bertelagah
tapi selamanya kita mematikan akal
kerana akal membijaksanakan manusia
dan si bijak tidak perlu hidup
seperti wajarnya budak ditikam
atas kebijaksanaan yang mengancam.
(ah ! sejarah todak kerap sangat berulang)
Marilah kita didihkan akal
mentafsir kata dengan sempurna
- ada waktunya berontak itu keji
- ada waktunya berontak itu suci
- ada waktunya berontak itu cemar
- ada waktunya berontak itu samara
berubah musim beralih sikap
bertukar pimpin bersalin harap
tapi pejuang tidak pernah terpuja
tika darahnya mengucur seksa matanya dicungkil buta
tanganya diikat waja kakinya dirantai sula
dan kita mengulang keanehan
berebut menabur bunga dan pandan
didada mereka setelah kematian
Sesal hanya datang sekali
tapi seksanya sepanjang hayat
lukanya berparut berabad-abad
Nukilan:
Mohamad Saleeh Rahamad
NEGARAKU TERBILANG
Tatkala aku menggagahi diri membelah kotaraya,
Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan,
Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada,
jauh sudah rupanya negaraku mengembara.
Fikiran menggugah zaman remajaku,
Zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit,
Yang ada hanya siulan burung di bendang,
Tapi disana kaya kemanusiaan,
Kaya keampunan dan kasih sayang,
Kaya tangan menghulur bantuan,
Di tengah ribuan wira tak didendang.
Di luar sempadan ada cabaran,
Dunia semakin deras bergelora,
Tidak terperangkap kite dengan kata-kata,
Yang cepat mendapat habuan luar biasa,
Yang lambat mendapat sisa-sisa,
Kita memilih sederhana daripada yang mutlak,
Pelbagai daripada yang menyendiri,
Percaya daripada mencurigai,
Bersama daripada menguasai,
Ke hadapan dengan acuan kita sendiri,
Yang diwarisi tidak berkurang,
Yang dijaga tidak susut.
Di sini di bumi ini,
Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,
Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin Rumi
Bajai kembang kemboja keamanan pada kubur rakusnya perang,
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan,
Sambil memacak panji-panji di puncak khairuummah
Cemerlang, gemilang dan terbilang.
Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
(Sajak ini dideklamasikan pada Pesta Puisi Patriotik Ke-5, 29 Ogos 2004 Sunken Garden, Putrajaya.)

KEMBOJA DI CELAH BULAN


Dia telah kembali
mengusung segala keriuhan dunia
ke pintu sunyi dengan jutaan mata bundar
memandang penuh kejap
saat dirinya pergi.

Jerit mereka - ini kemenangan untuk
keamanan, pengusiran kedangkalan fikiran
sayap ababil meluncur laju membelah
kedurjanaan insan tanpa kenal lelah
dan kemaafan yang sukar ditelan
menikam hati sendiri.

Hari ini dia telah kembali
bulan tetap bersinar
wangi kemboja bergelintangan
membelah sunyi malam tanpa
kerdip bintang dan pada malam ini
mereka mampu tidur dengan lena
setelah sekian lama.

Setiap saat ketika hari baru bermula
gema suara terus meluncur
bagai titis hujan membasahi
akal diri, mencelah kewajaran
kebinasaan akan terhenti saat dia kembali
laung mereka berulang kali.

KAMAL BIN SUJAK
Teduhan, Klang